
Sulit
4 tahun
Sakit pada bahagian perut dan ngeri pada bhgian punggung kiri & kanan
Saya wanita brumur 24thn, lately bahagian perut sy terasa sakit.tpi sakit itu sdah hilang,kmudian skrng sy mengalami ngeri bhgian punggung dn tulang belakang.Hari ini najis sy bwrna dark green+yellow bersalut dgn drah. Apakah pndpt dktr? Adakah ini merupakan penyakit yg berbahaya? Sy tkut dgn apa yg sy alami…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:
- Luka akibat sembelit
- Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
- Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
- Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Radang usus
- Kanser kolorektal
- Radang usus
- Irritable bowel syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.