farizzaharin2
5 tahun
Sakit pada bahagian tepi payudara kanan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Saya seorang lelaki tulen berusia 24 tahun. Sejak 3 hari lepas, saya mengalami sakit seperti bisa-bisa di bahagian tepi payudara kanan saya. Saya dapati bahawa payudara kanan saya lebih besar berbanding payudara kiri saya. Akan tetapi, saya tidak dapati sebarang ketulan atau benjolan pada payudara kanan saya. Saya juga dapati bahawa ketidakselesaan pada ketiak kanan saya, seperti kulit ketiak kanan saya berlebihan.
Terima kasih Dr.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit tepi payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit otot
- Sakit tulang
- Penggunaan ubat
- Perubahan hormon yang menyebabkan pembesaran kelenjar susu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

































