
Sulit
4 tahun
Sakit Pada Hati sejak kecil tapi bukan sebab asthma
Saya wanita berumur 14 tahun. Saya selalu terasa sakit pada hati secara tiba-tiba dari saya berumur 6 tahun. Saya ada asthma tapi bila check dengan doktor, doktor kata bukan disebabkan asthma sebab takde bunyi, doktor kata sebab tulang saya tapi saya tak rasa tu sebabnya dan doktor bagi ubat tahan sakit tapi sampai sekarang sakit tu masih ada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit abdomen sebelah kanan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Penyakit Crohn dan Ulserative Colitis
- Apendisitis
- Hernia
- Batu karang dan jangkitan buah pinggang
- Penyakit kayap
- Radang hati (hepatitis)
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih