Sulit
6 tahun
Sakit pada kawasan punggung
saya wanita 20 an, pada bulan september sy terjatuh daripada kerusi, punggung sy terhentak pada lantai, time tu area punggung sy teramat sakit, sampai tak boleh duduk lama.Tapi sakit tu just dtg kejap kejap saja.Then bulan lps 21oct, sy kemalangan, punggung sy terhentak di jalan raya. Time ni baru sy rasa sakit yg sy alami tu perit. sampai skg tak baik. Sy dah g xray, tapi doctor kata semua nya okay, tulang okay. Tapi sy still smpai skg sakit tak boleh duduk, tidur pun kena letak bantal di punggung sy. Skg ni just bergantung ubat tramadol tahan sakit je utk bg kurang sakit. tp sy ada baca tak boleh makan bnyk, takut effect buah pinggang. sy mmg takleh tahan, apa yg perlu sy lakukan ye doc? sy dah xray, tkde pape berlaku. hmm
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot atau ligamen belakang terseliuh atau tercedera
- Slipped disc : cakera antara tulang belakang terhimpit dan terkeluar dari landasan tulang belakang. Kesakitan biasanya disebabkan oleh saraf yang terhimpit disebabkan keadaan ini
- Scoliosis : Tulang belakang bengkok akibat postur yang tidak betul terutamanya ketika mengangkat barang berat
- Radang sendi seperti arthritis, namun ini biasa berlaku kepada mereka yang telah berumur dan adalah jarang sekali pada mereka yang masih muda
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.






























