
Sulit
4 tahun
Sakit pada lelangit dalam mulut
Hai. Soalan : Saya mengalami sakit pada bahagian atas di dalam mulut sebelah kiri. Sakit seperti menyucuk di bahagian tersebut. Apabila makan makanan pedas atau masam akan terasa sakit sehingga ke bahagian telinga. Rasa sakit sekejap kemudian hilang. Jika dilihat tiada sebarang perubahan warna atau bengkak pada gusi dan lelangi di sekitar.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang sakit pada lelangit.
Untuk makluman anda, masalah sebegini boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kuman pada bahagian oral
- Keradangan lelangit
- Keradangan gusi
- Kurang penjagaan kesihatan oral
Untuk mengetahui hal sebenar, pemeriksaan fizikal perlu dilakukan terlebih dahulu di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan susulan sekiranya hal ini berterusan dan mengganggu aktiviti anda.
Dapatkan penjagaan terbaik untuk kesihatan mulut anda. Kerana senyuman anda begitu berharga.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.