
Anonymous
5 tahun
Sakit pada lutut akibat bunyi meletup
Assalamualaikum dr. Semalam semasa saya tolong kawan saya untuk hidupkan moto dia, lutut saya meletup dan sangat sakit pada waktu itu. Apabila saya bangun pagi, lutut saya semakin sakit dan susah untuk berjalan kerana rasa yang sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Secara umum, keadaan lutut berbunyi ini boleh disebabkan oleh pergerakan ligamen atau pemampatan gelembung nitrogen di ruang sendi.
Kebanyakan orang mengalami masalah ini terutamanya di jari dan lutut mereka. Biasanya perkara ini adalah normal kecuali jika terdapat bengkak dan sakit. Jika bengkak, sakit atau kemungkinan retak atau berbagai punca lain terlah terjadi, anda perlu mendapatkan konsultasi doktor.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.