Anonymous
6 tahun
Sakit pada puting dan payudara
Sy 27tahun. Skrg tgh mngalami sakit pda puting dan payudara. Tp tiada sbrg benjolan. Xprnh alami sprti ini. Keliling tapak kaki juga sakit. Adakah ini tanda awal kehamilan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah anda, ia mungkin berpunca dari pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh haid atau hamil. Selalunya wanita akan merasa payudara nyilu atau sakit sebelum haid.
- Kecederaan pada payudara
- Payudara yang besar juga akan mengalami kesakitan jika salah memilih pakaian dalam
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
































