
Sulit
5 tahun
Sakit pada puting payudara dan apabila dipicit keluar seakan nanah keras bersama sedikit darah
Hai doktor, payudara saya sakit di bahagian puting. Apabila dipicit, keluar seakan nanah yang agak keras bersama dgn darah. Bahagian-bahagian lain tidak pula rasa sakit apabila saya memeriksa seperti pemeriksaan barah payudara yang diajar oleh nurse. Rasa sakit ini berlaku selepas anak bongsu berhenti menyusu pada bulan 2hari tu. Apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
Mastalgia (noncyclical)
Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
Mastitis iaitu keradangan payudara
Inflammatory breast cancer
Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sekiranya masalah ini berlarutan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.