
Sulit
4 tahun
Sakit pada rahang belah kiri dan telinga belah kiri (tersumbat)
Hi Doctor, saya seorang wanita berumur 32 tahun. Sejak seminggu yang lepas, saya mengalami sakit pada rahang belah kiri dan telinga belah kiri. Ianya bermula apabila saya bangun dari tidur dan rahang saya sakit apabila ingin membuka mulut atau mengunyah. Pada sebalah malam - telinga belah kiri pula berdenyut yang teramat sakit semasa tidur, dan menyebabkan saya tidak boleh tidur secara mengiring. Dan pada hari ini, selepas saya bangun dari tidur, saya terasa telinga belah kiri telah tersumbat dan kurang pendengaran. Saya dapati terdapat tahi telinga yang agak keras. Adakah sakit tersebut disebabkan ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda sebutkan, sakit telinga boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga
- Radang dalam telinga akibat penggunaan putik kapas atau tindakan mengorek telinga
- Pembengkakan kelenjar di belakang telinga
- Mastoiditis - Jangkitan pada tulang berhampiran telinga
- Kista (“cyst”)
- Abses atau nanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih