
Sulit
3 tahun
Sakit pada tulang rusuk bahagian bawah payu dara kanan
Saya suri rumah berumur 30tahun…
Sudah 1bulan saya Sakit pada tulang rusuk bahagian bawah payu dara kanan…apabila saya mengambil nafas,saya akan terasa sakit begitu juga apabila sy baring dgn keadaan terlentang…mmg sukar untuk sy mengambil nafas lagi2 apabila sy dlm kepenatan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah sakit pada tulang rusuk bahagian bawah payu dara kanan ketika mengambil nafas dan baring dalam keadaan terlentang. Saya akan memberikan maklumat tentang situasi anda sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa jenis penyakit yang boleh menyebabkan berlakunya simptom yang telah anda nyatakan seperti di atas, antaranya adalah:
- Keradangan hati
- Batu karang hempedu
- Keradangan pankreas
- Keradangan apendiks
- Jangkitan paru-paru
- Heart failure
- Penyakit crohn
- Penyakit buah pinggang
- Keredangan usus
- Ulser
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih mendalam, anda boleh berbincang dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.