Sulit
5 tahun
Sakit payudara sehingga demam sewaktu PMS
hi dok . saya wanita 30an . saya sering sakit payudara 1-2 minggu sebelum haid . cuma utk kali ini , saya rasa ingin demam . adakah disebabkan sakit payudara atau sebab lain dok ? dan adakah normal sakit payudara sewaktu PMS cuma sebelah sahaja yg sakit , kelenjar susu jugak seakan membengkak , tp sebelah kiri sahaja ? adakah kelenjar susu itu seakan bola pingpong ? mohon nasihat dan pencerah doktor . terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah sakit pada payudara.
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan sakit berlaku pada payudara. Antaranya :
- Ketidakseimbangan hormon
- Penggunaan pil perancang atau kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Kedatangan haid (Cyclical breast prain) dan ia adalah normal
- Jangkitan kuman pada tisu payu dara
- Penyakit keradangan payu dara ( Mastitis )
- Sista payu dara
- Kanser payu dara
Sila berjumpa dengan Doktor sekiranya anda mengalami gejalan berikut:
- Sakit yang berpanjangan
- Keluar lendir atau nanah
- Keluar darah daripada puting
- Perubahan warna pada payudara
- Terdapat benjolan
Saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.


































