Sulit
2 tahun
Sakit pelvis kiri, sering lapar dan sakit atas perut bahagian kanan
saya wanita berumur 21 tahun dan mengalami sakit pelvis di bahagian kiri dan kadang kala berasa ngilu di bahagian bawah perut. saya sering lapar walaupun perut saya sudah seperti terasa keras dan kenyang. saya juga kadang kala berasa mual dan berasa ada angin nak keluar dari mulut tapi tersekat di kerongkong saya. saya juga berasa sakit dan ngilu di bawah tulang rusuk sebelah kanan walaupun tidak bergerak. saya juga terasa cepat penat akhir2 ini apa yang saya alami ni doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Refluks asid perut (GERD)
- Cholecystitis
- Pancreatitis
- Batu ginjal
- Penyakit radang panggul
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.