Anonymous
4 tahun
Sakit Perempuan tentang kehamilan
Ada kemungkinan tak perempuan dalam fasa subur mengandung walaupun air mani hanya berada ni luar sekitar vagina ? Jika air mani lelaki dan perempuan berjumpa apa akan jd ? Apa cecair awal keluar dari perempuan di hari pertama seks ?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kehamilan berlaku apabila sel sperma daripada lelaki dan telur yang dikeluarkan daripada ovari perempuan semasa ovulasi (fertilization) bersenyawa. Telur yang disenyawakan kemudian bergerak ke dalam rahim, di mana implantasi berlaku. Implantasi yang berjaya akan menyebabkan kehamilan. Hal ini memerlukan air mani dari pihak lelaki untuk masuk di bahagian faraj wanita diwaktu kesuburan wanita.
Secara purata, tempoh kehamilan berlangsung selama 40 minggu. Sebelum anda menjalani ujian kehamilan, anda mungkin dapat mengalami gejala awal. Antara tanda-tanda awal kehamilan termasuk:
- Tidak datang haid
- Keletihan
- Mual
- Muntah-muntah (juga dikenali sebagai “morning sickness”)
- Payudara yang sakit dan semakin membesar
- Sembelit
- Kekejangan
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.