
Sulit
4 tahun
Sakit perut akibat gastrik
Salam, saya skarang mengidap sakit pedih perut berpanjangan walaupun telah makan makanan mengenyangkan sperti nasi, oats, ikan goreng, dan lain lain. Saya ada ambil kapsul ALUCID namun masih ada rasa sakit dan pedih. Apa harus saya lakukan untuk rawat dan sembuh serta bebas dari sakit ini. Harap doktor boleh beri nasihat, pandangan dan tindak yg harus saya ambil. Tkasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastrik
- Ulser perut
- Refluks asid
- Diverticulitis (radang pada kantung usus)
- Usus tersumbat
- Jangkitan kuman dan bakteria
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.