
Anonymous
5 tahun
Sakit perut apabila minum susu formula
Saya mengalami (sakit perut) cirit birit bila minum susu tepung. Mengapa ya doktor? sekarang sy dlm proses penyembuhan dr patah tangan. mohon penjelasan doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan gejala sakit perut selepas minum susu boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Tidak toleransi laktulosa (“Lactose intolerance”)
- Cara pembancuhan tidak sempurna susu tepung (contohnya tidak menggunakan air yang cukup panas)
- Alahan
Sekiranya masalah ini terus menganggu anda, anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.