
mama_yana
6 tahun
Sakit perut (apendiks)
Sy seorang wanita berumur 36tahun… Pada hari khamis lps, sy mngalami sakit perut yg teruk… Kejang seluruh perut. Sukar kencing, kentut, buang air besar. Jumaat pagi saya dapatkan rawatan doc di klinik swasta. Buat test air kencing, di sahkan sy kene kencing kotor. Doc beri saya ubat n saya makan. Ubat yg diberi hampir habis… Tp sakit perut ni, x hilang. Sakit perut saya ni sampai sy x boleh bergerak… Bila baring, nk tukar posisi pun susah. Nk berjalan pun merasa sakit di bahagian bawah perut… Sy dh tiada selera makan, loya. Dan pada hari jumaat malam sabtu tu sy terus demam… Sehingga la hari ni, demam tu on off… Buang air kecik dan besar masih sukar.
Adakah simptom yg sy alami ni berkaitan dgn apendiks…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Oleh kerana anda telah pergi mendapatkan rawatan, namun sakit anda masih tidak hilang malah kelihatan bertambah teruk, anda amat disarankan untuk kembali ke klinik atau ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Simptom kesukaran membuang air kecil dan besar serta demam, hilang selera makan dan muntah memerlukan perhatian doktor segera kerana anda mungkin mengalami masalah pada sistem pencernaan dan saluran perkumuhan anda.
Untuk mengetahui penyebab simptom anda ini, memerlukan maklumat lanjut dan pemeriksaan. Diagnosis hanya boleh dibuat selepas prosedur yang sepatutnya dilakukan. Oleh itu, sila dapatkan rawatan dengan segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.