
nadhirahiwanie1
5 tahun
Sakit perut bahagian atas tanpa henti dan pendarahan berlaku selama 2 hari
Saya remaja berumur 18 tahun…belum berkahwin… Beberapa hari yg lalu sy mula mengalami masalah seperti period… Lepastu disusuli pula dgn sakit pada bahagian atas perut sebelah kanan dan bawah perut sebelah kiri…selepas dua hari darah mula berhenti tetapi sakit perut masih berterusan… Sakit ape ni sebenarnya?? Ada cara nak hilangkan ke… Selera makan pun dah kurang ni sekarang… Lebih sakit pada waktu malam macam 3/4 pagi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut yang berpindah disertai perdarahan vagina boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya:
- Acute appendicitis - suatu keadaan apabila appendix tersumbat sehingga menimbulkan keradangan dan kesakitan
- Ectopic pregnancy - yaitu kehamilan luar rahim
Kedua-dua kondisi diatas memerlukan anda untuk segera mengunjungi doktor agar dapat ditatalaksana dengan cepat dan baik. Selain itu, bagi mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.