Sulit

3 tahun

Sakit perut bahagian bawah dan lenguh badan belakang

Hi doktor, saya nak tanya.
3 hari lepas, saya baru sahaja menghadapi muntah dan cirit birit disebabkan perut kosong dan makan nangka (2 ulas) saya hadapi muntah dan cirit itu sekaligus dari pkl 3 petang sampai 12 malam (iaitu sehingga saya pergi klinik sebab tidak tahan) saya pergi ke klinik swasta 24jam. Apabila saya pergi di sana, doktor mengatakan selepas beliau memeriksa darah saya, saya mempunyai jangkitan kuman yang tinggi iaitu 18,sedangkan di klinik tersebut hanya pernah bacaan 10 jika ada jangkitan kuman. Tekanan saya rendah dan denyutan jantung saya laju iaitu 106. Doktor cocok ubat antibiotik, tahan muntah dan lain-lain. Doktor juga suruh saya masuk air satu bag sebab saya kekurangan air bawah 300. Dan selepas selesai, doktor berikan saya ubat antibiotik, cirit birit, sakit perut, ubat cair pergerakan usus, tahan muntah, sakit perut dan ubat bancuh perisa oren. Hari kemudiannya saya beransur pulih, tetapi saya terasa sakit di perut bahagian bawah dan belah kanan. Belakang badan saya juga terasa lenguh, sentiasa suruh ibu saya urutkan. Perut saya kelihatan kembung daripada biasa, seperti kembung angin. Walaupun saya tidak makan banyak kerana kurang sedikit. Selera makan itu ada tetapi tidak seperti biasa. Sehingga sekarang saya terasa demikian doktor… Boleh minta penjelasan? Saya ingin mendapatkan rawatan di hospital tetapi sekarang sedang banjir, rumah saya terkepung tidak boleh keluar.

Terima kasih.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham masalah yang anda sedang hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian, seperti:

  • Keracunan makanan
  • Jangkitan usus
  • Radang apendiks
  • Divertikulitis
  • Kolera
  • Jangkitan salur kencing
  • Penyakit batu karang dalam salur kencing; menyebabkan anda berasa tidak selesa di bahagian perut dan belakang

Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem penghadaman yang betul.

Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sakit perut anda hari ini.

Ini hanyalah padangan kami mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami sarankan anda untuk mendapatkan rawatan dengan segera kerana kami bimbang keadaan akan menjadi lebih parah disebabkan anda anda kerap cirit-birit.

Anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala-gejala ini:

  • Sakit ketika kencing
  • Kencing yang tidak lawas
  • Kencing berbau, berlendir dan bercampur darah
  • Demam
  • Najis bercampur darah
  • Cirit-birit yang berlarutan
  • Pitam

Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada doktor kami di atas talian. Terima kasih.

66-700x430

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (31)