
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian bawah kiri dan kanan
Saya berumur 21 tahun. Mengalami sakit perut dibahagian bawah sebelah kiri dan kanan, terasa sangat tegang, tidak dapat meluruskan badan kerana rasa sakit. Pada masa yang sama keluar cecair warna putib telur. Adakah itu tanda nya waktu subur ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut pada kedua-dua belah bahagian boleh disebabkan:
- Penyakit radang pelvis
- Kehamilan - dalam atau luar rahim
- Jangkitan penyakit kelamin
- Keputihan fisiologi
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.