
Sulit
5 tahun
Sakit perut bahagian bawah sebelah kiri
Sy wanita berusia 25 tahun mengalami sakit pasa bahagian bawah perut selama 3 hari ni… biasanya sakit mcm nie akan dtg selepas habis period…period sy agak lama 14 hari… selepas itu perut sy akn membuncit atau bengkak Dan sangat tidak selesa Dan sakit…Dan sy akn kelihatan lebih pucat daripada biasa. Kaki Dan muka sy juga akan sembab … this happen setiap kali sebelum period and after period

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut bawah yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sindrom menstruasi
- Enometriosis - ketumbuhan sel lapisan dinding rahim di organ lain
- Fibroid dalam rahim
- Keradangan pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.