
Sulit
4 tahun
Sakit perut bahagian bawah secara tiba2 bagi pengidap gastrik
Saya berusia 46 th. Masalah saya kadang2 berlaku kesakitan dibawah pusat secara tiba2 tetapi ianya akan hilang apabila saya buang air besar. Saya akan rasa sensasi ini biasanya apabila tidak kentut atau buang air besar. Untuk pengetahuan doktor saya pengidap gastric. Apa masalahnya ya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan kenyataan anda, kami memahami kerisauan anda, Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat sakit di bahagian bawah perut secara tiba-tiba. Antaranya:
- Radang apendiks
- Gastrik ulser berlubang (perforated gastric ulcer)
- Jangkitan saluran kencing (uretra, buah pinggang atau, pundi kencing)
- Usus berpintal (volvulus)
- Usus tersumbat (intestinal obstruction)
- Kanser usus
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mempunyai gejala sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara peribadi di atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.