
Anonymous
5 tahun
Sakit perut bahagian kanan bawah
Saya berumur 29 tahun, dan sekarang sedang period hari ke empat. Masalah saya sekarang perut saya di bahagian kanan, bawah berasa sakit seperti menyucuk , apabila berdiri saya rasa sakit, jika membongkok, kurang rasa sakit., saya berasa sukar untuk kentut pada saat ini. Sakit yg saya alami ini bukanlah period pain. Rasa sakit ini tak pernah saya rasa sebelum ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit perut yang anda alami. Ia boleh berpunca daripada kawasan perut, usus, ovari, rahim, buah pinggang, tulang dan juga otot.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.