Anonymous
6 tahun
Sakit perut bahagian kanan
Salam DR, saya perempuan umur 25 dan sering sakit perut bahagian kanan(bahagian pusat kanan). Seterusnya kerap buangangin secara sendawa. Kadang-kadang rasa sakit perut tuk bab tapi bab secara lendir. Sebelum merujuk doktor , doktor bagitahu 1. Gastric
2. Kencing kotor , agak risau juga sbb masalah ini. Tahun lepas i pernah buat scan… Tapi xde apa². adakah ini masalah lain?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!





























