
Sulit
4 tahun
Sakit perut bahagian tengah dibawah ulu hati
Hi doktor, saya wanita berumur 28 tahun sudah berkahwin. Dah seminggu saya sakit perut dibhgian tengah, bawah ulu hati. Bila ditekan terasa mengeras. Sakit memulas dan buang air besar keluar lendir. Saya tak boleh makan, dan sering muntah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat daripada anda. Berikut merupakan antara sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian:
- Refluks asid atau GERD
- Radang pankreas (pancreatitis)
- Ulser gastrik
- Polip gastrik
- Masalah struktur esofagus
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan. Sila berjumpa dengan doktor segera supaya anda dapat diperiksa dengan lebih lanjut dan rawatan boleh diberikan.
Buat masa ini, kami sarankan anda untuk cuba makan dalam kuantiti yang sikit dan kerap. Sekiranya anda masih muntah dan mengalami sakit perut, sila berjumpa dengan doktor kerana kami bimbang anda mengalami kondisi yang lebih parah.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.