
Sulit
4 tahun
Sakit perut belah kanan ketika bersetubuh
Hai, umur saya 25 thn.Saya baru berkahwin, ketika saya bersetubuh dengan suami saya terasa sakit perut belah kanan sekiranya suami memasukkan terlalu dalam. Adakah itu berpenyakit ? Dan apabila sehari selepas tu juga saya masih terasa sakit perut bahagian bawah belah kanan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut sebelah kanan bawah boleh berpunca daripada:
- Radang apendiks
- Kista ovari pecah
- Ovulasi
- Sembelit
- Jangkitan saluran kencing
- Endometriosis
Ada banyak lagi punca sakit perut sebelah kanan bawah yang tidak disenaraikan. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.