
Sulit
5 tahun
Sakit perut belah kiri apabila melakukan senaman
saya berumur 18 tahun, masa saya sklh dahulu saya kerap sakit perut belah kiri apabila melakukan senaman sprti berlari dan aktiviti yang lain, sehingga sekarang saya kerap sakit perut belah kiri apabila melakukan senaman , adakah ni disebabkan gastrik atau lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Akan tetapi sekiranya ia hanya berlaku ketika anda bersena, ia berkemungkinan disebabkan masalah otot. Ataupun, saya sarankan untuk anda bersenam ketika perut kosong. Hal ini kerana bersenam setelah makan boleh menyebabkan sakit perut.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.