
nurnaja66
2 tahun
Sakit perut berminggu2
Saya wanita berumur 54 tahun sakit perut da hmpir 20 Hari . Sakitnya mcam rsa senak dekat perut . Saya da pg Klinik ambil ubat angin semua Ta sembuh jugak . Saya da bertungku pon ta elok jugak . Kenapa ya doktor

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Senak atau kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
- perut bergas
- kembung perut boleh mengganggu keupayaan anda untuk bekerja dan mengambil bahagian dalam aktiviti sosial atau rekreasi.
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.