
Sulit
3 tahun
Sakit perut berpanjangan 2-3 minggu
Sy sering sakit perut berpanjangan sekiranya makanan yg pedas.perut sy Akan merasa sakit pada bahagian Kiri tengah . Tetapi sejak kemarin Rasa sakit perut saya beralih ke bahagian Kanan bawah perut berserta lengguh2 badan .sy turut merasakan sakit ketika membuang air besar

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah sakit perut anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sakit perut anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya adalah:
- Apendiks
- Cholangitis
- Pankreatitis
- Divertikulitis
- Batu karang di ginjal
- Cholecystitis
- Sembelit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.