
Sulit
4 tahun
Sakit perut berpanjangan lepas makan ubat sembelit
Hello doa mengapa perut saya terlalu sakit lepas makan ubat sembelit bahkan najis saya ada bintik2 putih dan najis saya juga cair sangat apakah tu tandanya sakit usus

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Pihak kami tidak dapat memberi jawapan kerana maklumat yang diberikan adalah terhad dan menyukarkan kami untuk membuat penilaian keatas diri anda. Maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dibuat. Anda juga disarankan untuk berjumpa semula dengan doktor yang telah memberikan rawatan kepada anda bagi mendapatkan kepastian tentang masalah yang anda hadapi. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini antaranya ialah:
- Ulser duodenum (duodenal ulser)
- Gastroenteritis :Kebiasaannya ia berpunca daripada jangkitan pada usus
- Masalah pencernaan (dispepsia)
- Serangan Apendisitis : Apendisitis adalah radang atau jangkitan pada usus buntu (appendix)
Namun begitu, maklumat diatas adalah keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami. Terima kasih.