
Sulit
4 tahun
Sakit perut berpanjangan sudah hampir setahun
Saya wanita berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami sakit perut berpanjangan selama hampir setahun. Saya telah berjumpa dengan doktor di hospital. Saya juga telah menjalani prosedur endoskopi dan kolonoskopi. Untuk ujian endoskopi, doktor mendapati bahagian LES saya ada sedikit longgar. Doktor membekalkan ubat PPI jenis nexium. Untuk ujian kolonoskopi, doktor mendapati usus besar saya tiada masalah. Namun, sakit perut saya masih lagi berterusan. Saya juga mengalami masalah perut berangin,kembung,sembelit dan kadang kala cirit birit. Berat badan saya juga semakin berkurangan. Saya juga mengalami anaemia. Bacaan HB saya adalah 9. Jadi, saya ingin bertanya, apa yang patut saya lakukan untuk mengetahui punca sebenar sakit saya ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu sakit perut. Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, terdapat kemungkinan bahawa masalah sakit perut dan perut kembung berikut boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Berkenaan keterangan anda, LES yang longgar merupakan penyebab bagi masalah penyakit GERD seperti yang diterangkan di atas. Namun begitu, masalah anemia yang anda hadapi perlu diselidik lebih lanjut penyebabnya samada disebabkan masalah dari perut atau lain. Untuk mengenal pasti punca sebenar masalah sakit perut adalah dengan melakukan pemeriksaan di klinik/hospital. Saya sarankan anda untuk memberi aduan ini kepada doktor anda supaya pemeriksaan lanjut boleh anda jalani.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi… Oleh itu, ika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih