
Sulit
5 tahun
Sakit perut beserta darah
hello doktor . saya wanita yang berusia 20tahun . saya ingin bertanya tentang masalah yang berlaku . saya sedang mengalami sakit perut beserta kekejangan sudah hampir 2minggu . dari 16 april sehingga kini . darah tidak berhenti keluar .kadang sedikit kadang banyak . pada hari ke 3 keluarnya ketulan darah seperti embrio .adakah saya sudah keguguran ? apa yng patut dilakukan ? darah bkn seperti darah haid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Anda menyatakan kebarangkalian keguguran. Oleh itu kami memerlukan maklumat lanjut samada anda hamil atau sebagainya. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- keguguran jika anda hamil
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.