
ainaabalqis27
5 tahun
Sakit perut bila batuk , bersin atau melakukan pergerakan
Saya remaja berumur 14 tahun terasa sakit di bahagian tengah pusat perut apabila batuk,bersin atau melakukan pergerakan . Keadaan ini menyebabkan saya berasa risau .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Radang pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batumkarang
- Radang apendiks
- Masalah ovari seperti ovari terbelit
- Sembelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.