
Anonymous
5 tahun
Sakit perut, cirit birit, muntah2
Salam Dr, hari ni sy mula sakit perut, dan terus buang aie besar semua kluar air, dan same time, sy muntah2. Muntah kluar hijau dan kekuning2an. Perut skg mcm ada angin. Nk mkn x ada selera. Tdi paksa mkn juga. Tpi tekak loyer muntah2. Perut memulas lgi. Boleh thu kenapa ya tiba2 mcm ni?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Pada kebiasaanya, perkara ini terjadi kerana:
- jangkitan virus yang merebak dari makanan
- memakan makanan yang pedas berlebihan
- 'irritable bowel syndrome’
- ‘inflammatory bowel disease’
- radang usus
Oleh kerana anda mengalami masalah ini lebih dari seminggu, anda amatlah disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan selanjutnya. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami.