
Sulit
3 tahun
Sakit perut cirit birit yang sudah melebihi daripada 7 hari
Salam Sejahtera doctor. Saya perempuan berumur 19 tahun. Saya nak bertanya, normal ke doctor kalau saya cirit birit 2 ke 3 kali sehari dan ia juga sudah berlarutan lebih daripada satu minggu? Apa perlu saya buat? Terima kasih doctor.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Mengikut keterangan anda, kami memahami anda mengalami gejala sakit perut dan cirit-birit selama seminggu. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda adalah sesuatu perkara yang tidak normal. Ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti keracaunan makanan (akut gastroenteritis), ataupun alahan makanan. Cirit-birit yang berlarutan untuk tempoh yang lama boleh menyebabkan dihidrasi. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat dikenal pasti dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.