
Sulit
3 tahun
Sakit perut, cirit, mual, rasa nak demam
Saya wanita 19 tahun. Harini saya makan banyak tak seperti selalu then lepas saya makan ice cream saya rasa sakit di atas perut bawah breast, rasa mual sangat2 tapi tak muntah, cirit air lebih 4 kali, dan rasa nak demam. Setiap kali minum air perut rasa sakit sangat. Saya juga sudah makan ubat gastrik tapi still sakit. So kenapa ye jadi begini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami gejala seperti cirit-birit, demam, loya, dan sakit perut yang dihadapi oleh anda.
Untuk pengetahuan anda, gejala seperti yang dinyatakan boleh disebabkan:
- Jangkitan pada usus atau radang usus
- Keracunan makanan
Cirit birit yang kronik boleh menyebabkan anda kekurangan air. Jika perkara ini berlarutan, anda boleh mengalami dehidrasi dan ini akan mengganggu organ organ di dalam badan.
Terdapat pelbagai punca lain yang boleh menyebabkan cirit birit seperti demam denggi, demam tifoid dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini adalah lebih serius dan boleh mendatangkan maut.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk segera ke hospital bagi menghentikan masalah yang dihadapi atau anda boleh bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda menilai dengan lebih lanjut keadaan yang dialami sekarang.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.