
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan abdomen
saya wanita berumur 18 tahun.saya mengalami sakit perut dan seluruh abdomen.setiap kali selepas sakit perut badan berasa tidak sihat atau demam.saya juga selalu berasa loya 2-3 kali sehari.benda ini sudah berlaku selama berbulan. ada kalanya selepas sakit perut pulih, otot di kiri dan kanan abdomen rasa sakit seperti tegang bila bergerak dan ada jugak sakit belakang bawah.saya juga selalu sakit kepala atau pening .

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda mengalami sakit perut selama berbulan dan diikuti dengan gejala-gejala yang mengganggu anda. Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keracunan makanan
- Gastrik
- Refluks asid
- Diet pemakanan yang tidak sihat
Namun perkara ini boleh menandakan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian doktor seperti:
- Irritable bowel syndrome
- Batu hempedu
- Batu karang
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.