
Sulit
4 tahun
Sakit perut Dan berak Tak keluar sepenuhnya
Saya wanita yang berumur 17 tahun. Kebelakang Ni saya mengalami sakit Perut seperti berangin selama sebulan. Berak says sometime berair Dan normal tetapi susah nak berak. Setiap Kali prgi tandas Ade rase macam Ade berak lagi dekat dubur tetapi bile meneran Tak keluar sepenuhnya. Sakit perut pula seperti Perut berangin dan asyik kentut Serta sendawa … time malam bile baring sakit perut bahagian sebelah Kiri bawah lagi kuat. Saya takut dgn ape yg says alami ni

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi iaitu perasaan sukar untuk membuang air besar, perut berangin dan sakit perut di sebelah kiri. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang pengambilan makanan berfiber seperti sayur dan buah menyebabkan sembeit
- diverticulitis (radang pada kantung usus)
- usus tersumbat
- jangkitan kuman dan bakteria
- ketumbuhan di dalam usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.