jolredvan
6 tahun
Sakit perut dan cirit birit 2
Perkara ini hanya berlaku sekiranya saya memakai jenis seluar2 tertentu. maksudnya jika saya memakai seluar yang pinggang bergetah atau sedikit ketat akan menyebabkan perut sakit dan rasa ingin buang air besar.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Gastrik adalah disebabkan oleh acid berlebihan di dalam perut.
- GERD
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
Namun, bagi kenyatan yang anda berikan mengenai pemakaian seluar ketat dan gejala yang anda alami, ia mungkin tidak mempunyai kaitan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.






























