
Sulit
5 tahun
Sakit perut dan haid tidak teratur
Saya wanita berusia 15 tahun, bulan lepas period saya terjadi sebanyak 2 kali dalam bulan yang sama, sejak dari itu perut saya selalu rasa sakit walaupun tidak datang haid, terutamanya di bahagian bawah perut belah kanan dan tengah ataupun di bahagian atas perut. Setiap kali sakit di bahagian bawah perut belah kanan, saya akan terasa mual. Bulan ini pula saya telah lewat satu hari datang haid, doctor rasa kenapa dengan saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak teratur ini boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Umur - Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet - Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang etrlalu aktif dan padat
- Masalah ovari seperti kista (cyst) dalam ovari, ovari terbelit
- Endometriosis - sangat jarang berlaku pada remaja. Ia adalah disebabkan sel lapisan dinding rahim tumbuh ditempat lain
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.