
mimiroshamimi12
5 tahun
Sakit perut dan kerap kencing selepas pembedahan
Saya Roshamimi , Saya telah operate buang appendix pada 1 November yang lalu , tapi sampai sekarang masih sakit dan kerap kencing , kenapa ya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit perut selepas pembedahan ini mungkin diakibatkan oleh kesakitan di parut pembedahan tersebut. Ianya juga boleh merupakan kesakitan yang normal kerana proses inflammasi untuk menyembuhkan usus yang dibedah dalam perut.
Jika anda mengalami gejala seperti:
- Sakit perut yang serius
- Demam
- Perut kembung
- Tiada selera makan atau tidak boleh membuang air besar
- Pendarahan daripada parut bedah
- Berak darah
Anda disarankan untuk menjumpai doktor anda secepat mungkin kerana pembukaan parut bedah atau pembocoran usus telah berlaku. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.