
puterififi92
2 tahun
Sakit perut dan kerap kencing
Sy fina umo 27 thun kerap sakit² perut dan berulang ke toilet apa penyakit sy tu doctor pdhal sy belum menikah

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
1.Jangkitan saluran kencing
2. Batu karang dalam salurang kencing
3. Fibroid rahim atau “ovarian cyst” menyebabkan tekanan kepada salurang kencing
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut seperti lokasi abdomen yang spesifik , kitaran haid dan simptom lain adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.