
fain567
6 tahun
Sakit perut dan loya
saya sudah mengalami sakit perut selama 3 minggu . dan pergi ke klinik doctor hanya kasi ubat angin . perut saya kembung dan rasa tak sedap . tapi tak muntah dan kurang membuang air besar . simptom mengandung ke doctor kerana sebelum saya datang period . saya dan suami melakukan hubungan intim dan 4 hari begitu saya period selama 7 hari . Selepas period terus jadi sakit begini sudah 3 minggu . terima kasih

6 tahun
Terima kasih atas soalan, anda. Saya berharap saya akan dapat menjawab semua soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Beberapa punca yang bermungkinan menyebabkan sakit perut. Antaranya adalah:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.