
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan membuang air besar berdarah pastu demam mengigil
assalammulaikum sy perempuan umur 16 tahun , sy da 2 tahun mengalami sakit ini , sakit perut yg sangat pedih dan membuang air besar berdarah selepas mmbuang sy akan dmm mengigil dan amat sakit kepala … da pergi hosp bnykkali doc cume amek darah shj … ape yg perlu sy lakukan ? Nak berkerja amat susah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- penyakit divertikular (diverticular disease)
- angiodisplasia (angiodysplasia)
- keradangan usus besar (colitis)
- tumor di usus besar
untuk gejala demam menggigil serta sakit kepala, ia boleh merupakan gejala tambahan daripada sebab-sebab yang saya nyatakan di atas.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.