
Sulit
5 tahun
Sakit perut dan pedis
Saya mengalami pedis di bahagian perut sdh beberapa hari .rasa pedis tu kdng2 menggangu sy brkerja dan rasa pedis tu. Sampa ke dalam mulut adk

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- GERD
- Gastritis
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.