
Sulit
5 tahun
Sakit Perut dan Sakit Kepala
saya wanita yang berumur 23 tahun , 3minggu sudah berkahwin … baru-baru ni perut saya sakit , dan saya membuang air besar … najis saya berwarna hijau-2 dan coklat-2 pekat … kepala saya sakit dan mual-2 … sebelum kawin tak pernah jadi macam ni … boleh doktor bagitahu saya kenape ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, najis hijau boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Akibat pemakanan seperti sayuran hijau atau makanan yang mengandungi pewarna
- Akibat sesetengah ubatan seperti antibiotik
- AKibat jangkitan kuman
Memandangkan gejala ini telah berlangsung telahu berlaku sejak beberapa lama, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.