
Anonymous
5 tahun
Sakit perut dan sembelit
Salam…Dr anak saya umur 3 tahun ade mslh berak sembelit 4-5 hari lps…bile berak kuar ketul2…smlm die xtdr nagis2 kate sakit perut…sye ada bgi ubat cair njis…tapi die tetap sakit perut n ngis…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Ia bermaksud kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit dalam kalangan kanak-kanak ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Pertukaran susu formula
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab)
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.