
Sulit
3 tahun
Sakit perut dan tulang belakang
Ibu saya ada mengalami sakit di bahagian atas perut dan tulang belakang. Kejap okay kejap tak. Tapi kalau sakit tu menyerang memang tak boleh nak tidur langsung. Dah 4 hari tapi masih tak okay. Makan ubat pun still sama jugak. Boleh tahu tak kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesakitan perut dan tulang belakang. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
Tulang belakang:
- Osteoarthritis
- Rheumatoid arthritis
- Jangkitan tulang belakang
- Spondylolysis
- Spondylolisthesis
- Kanser yang merebak ke tulang belakang
Sakit perut:
- GERD
- Gastritis
- Ulser perut
- Radang usus
- Kanser perut
- Radang hempedu
- Radang buah pinggang
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.