
Sulit
2 tahun
Sakit perut di bahagian kanan perut
Saya merupakan pelajar perempuan yang berusia 19tahun.Saya sering mengalami masalah sakit perut.Pada minggu lepas,saya mengalami masalah sakit perut dan sakit ini melarat sehingga sekarang.Saya sering berasa sakit di bahagian kanan perut.Apabila saya berjalan,duduk dan baringsaya berasa sakit di bahagian kanan perut.Sejak saya mengalami simptom ini,saya berasa suhu badan panas dan sukar untuk baring kerana berasa sakit di bahagian kanan perut.Malah ketika saya membuang air besar dan kecil ,kadang² saya berasa sakit di bahagian kanan perut.Apakah pandangan serta saranan doktor mengenai masalah yang saya hadapi ketika ini?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat pelbagai sebab untuk kesakitan di bahagian perut. Keracunan makanan dan gastrik merupakan dua sebab penyakit yang menyebabkan sakit perut. Berdasarkan kenyataan anda di atas, terdapat beberapa punca yang menyebabkan sakit perut antaranya termasuk:
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.