
Sulit
3 tahun
Sakit perut di bahagian kiri perut
Saya seorang remaja berusia 17 tahun yang tiada sejarah pembedahan di bahagian abdomen. Saya mengalami sakit perut di bahagian kiri perut dan saya rasa seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam perut saya. Saya tidak mengalami cirit-birit dan najis saya berbentuk berbiji-biji. Bahagian perut saya yang sakit dari bahagian bawah dada hingga paras pinggang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Kami memahami anda mengalami simptom sakit perut pada bahagian kiri dari bahagian bawah dada hingga paras pinggang.
Untuk makluman anda, terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan simptom anda. Bagi membentuk diagnosis yang tepat, kami memerlukan maklumat yang lanjut serta membuat pemeriksaan fizikal terlebih dahulu.
Secara amnya, sakit perut sebelah kiri boleh berpunca daripada :
- Penyakit buah pinggang
- Jangkitan kuman saluran air kencing
- Penyakit batu karang
- Radang usus
- Masalah sistem penghadaman
Biasanya, gejala sakit perut akan pulih dalam beberapa hari. Namun, sekiranya simptom anda berterusan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor supaya rawatan yang lanjut dapat diberikan.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.