
Sulit
4 tahun
Sakit perut di bahagian sebelah kanan, bawah tulang rusuk
Sakit di bahagian perut sebelah kanan, bawah tulang rusuk. Bila nak tarik nafas dalam² tak boleh. Bgerak pun sakit. Kalau xbgerak ada juga dia sakit, tp tak sesakit semasa bgerak. Sebelum ni saya tak ada sakit apa². Dan ini kali pertama saya sakit macam ni. Setakat ini sakit ni dah hari ke 4.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit perut di bahagian kanan yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Anda disarankan untuk ke klinik dengan segera jika mengalami gejala-gejala seperti ini:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Perut kembung
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih